Surau Flat Persekutuan km.5

Serba sedikit mengenai kami

  • October 2016
    M T W T F S S
    « Aug    
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
    31  
  • Blog Stats

    • 1,641 hits
  • RSS Travelog Hidayah

    • Villa didikku 24/05/2016
      Hey kawan, Aroma Ramadhan semakin galak menyumbat deria hidu kita di lelohong hidung dengan atmosfera baunya yang tersendiri. Ternyata ia umpama hidangan hampir siap yang segera membangkitkan rasa keterujaan yang bukan sedikit, Bukan sahaja deria rasa kita yang terpana kekaguman, bahkan deria lihat kita juga mencongak rasional kelazatan dan keistimewaan hida […]
    • Salam 2016 09/05/2016
      Hey Kawan,Masih ingatkah kalian tentang aku. Seorang musafir yang pernah singgah dalam diari hidup kalian. Menyapa dan menyulam rasa bersama. Mekar menjadi ukhuwwah. Namun sayangnya, saat ini ianya hanya mampu harum dijambangan memori.Aku sang camar putih, terbang bebas di angkasa untuk meredah atmosfera takdir. Kiranya aku tercunggap letih, lekas aku hingga […]
    • Salam 2015 01/01/2015
      Hai kawan,Noktah. . . . Sepi . . .Semangat . . . Melanggar perbukitan . . . Jatuh . . . Tersungkur sakit . . NgiluRindu . . . Hangat . . . Terbakar rentung . . . Sunyi KembaliHarapan . . . Mekar . . . Tuntas berbunga . . . Dimamah layu , , , Khali menyapaAzam . . . Membugar Tekad . . .Memangkas Samun kemalasan . . Melestarikan kanvas mayaPutih bercanda aksar […]
    • Jadual Gaji Tahun 2014 26/12/2013
      Salam kawan ...Rezeki bukan semestinya harta. Ianya istilah abstrak yang menghimpunkan seribu makna.Rezeki bermakna anugerah dan kurniaan. Ianya manifestasi cinta dan kasih sayang. Juga signifikan restu dan keredhaan.Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakinya. Tanpa had. Tanpa kekurangan. Allah mengurniakan rezeki kepada setiap hambanya berda […]
    • Rindu Seputih Kanvas 25/12/2013
      Salam kawan ..Gamitan rindu membawa aku kembali. Singgah bersimpuh buat seketika di birai beranda teratak usang travelogku ini. Entah aku rasa ianya tidak sesuai menjadi travelog yang bermaksud kembara hidayah dan tarbiyah lagi. Ianya seolah villa usang yang hanya menyimpan memoir lama khazanah kisah2 yang menyimpan momen antik hidupku sahaja.Villa usang tan […]
  • RSS Unknown Feed

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
  • Kawan kawan

  • Categories

Smart Solat Camp

Posted by allatiffhm on 14/08/2011

Kem Bestari Solat anjuran Persatuan Siswazah Sabah (PSS) dengan kerjasama Jawatan Kuasa Surau Al Muhajirin bertempat di surau Flat Persekutuan Km.5, ( berhampiran Stadium Likas ) pada hari ini ( 14 Ogos 2011 ) bermula jam 8.00 pagi Penyertaan adalah percuma

Posted in Uncategorized | Tagged: , , | Leave a Comment »

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1431H

Posted by allatiffhm on 25/02/2010

Muslimin Muslimat

Tuan/Puan,

JEMPUTAN KE MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1431H

Dengan segala hormatnya sukacita saya ingin menarik perhatian Tuan/Puan kepada perkara di atas.

2.         Adalah dimaklumkan bahawa Rukun Tetangga Flat Persekutuan KM5, Kompleks Sukan Likas dan Surau Al Muhajirin akan mengadakan Majlis sambutan Maulidurrasul tahun 1431H bagi memupuk rasa cinta kepada Rasulullah SAW serta memperteguhkan semangat muhibbah di dalam kawasan kejiranan Flat Persekutuan dan kawasan sekitarnya sepertimana yang diteladani oleh junjungan besar Muhammad SAW.

3.         Sehubungan itu, besarlah harapan kami agar tuan/puan sekeluarga dapat menghadirkan diri ke majlis ini serta menggalakkan anak-anak tuan/puan untuk menyertai acara-acara pertandingan ”Kami cinta Rasulullah” yang akan diadakan pada:

Tarikh : 14 Rabiulawal 1431H / 28 Hb. Februari 2010 (Ahad)

Tempat          : Dewan dan Surau Flat Persekutuan KM5,

Km5, Jalan Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu

Masa              : 07.30 pagi – 11.30 pagi (Pertandingan di Dewan)

06.00 pagi – 10.30 malam (Surau)

4.         Bersama-sama ini juga dikepilkan Borang penyertaan dan syarat-syarat pertandingan yang diadakan untuk makluman pihak tuan/puan. Kesudian tuan/puan sekeluarga untuk hadir ke majlis ini amat kami hargai dan  ianya sudah pasti akan menjayakan serta memeriahkan lagi majlis ini.

Sekian Terima Kasih

Lampiran 2

ATURCARA

MAJLIS PERTANDINGAN ”KAMI CINTA RASULULLAH”

SEMPENA SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1431H

FLAT PERSEKUTUAN KM5


7.15 pagi        Ketibaan Urusetia Program

8.00 pagi        Ketibaan Ibu Bapa dan Tetamu

– Pertandingan dimulakan.

10.30 pagi     Ketibaan Tetamu Jemputan

Pengerusi – Pengerusi Rukun Tetangga Bandaraya Kota Kinabalu

Pengarah – Pengarah Jabatan Persekutuan Negeri Sabah

Pengarah Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sabah

En. Dirwana Bin Azool

10.45 pagi     Ketibaan Perasmi Majlis

Y.Bhg. Dato’ Muhammad Hatta Bin Abdul Aziz

Setiausaha Persekutuan Sabah

Bacaan Doa oleh

Y. Bhg Ustaz Mohd Khairi Bin Abd. Halim

Ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Rukun Tetangga

En. Abdul Latiff Bin Haji Muluk

Ucapan Perasmian oleh

Y.Bhg. Dato’ Muhammad Hatta Bin Abdul Aziz

Setiausaha Persekutuan Sabah

Persembahan

Penyampaian Hadiah

Penyampaian Cenderamata

Jamuan

11.30 pagi     Bersurai.

Posted in Aktiviti bersama | Tagged: | 3 Comments »

Isu Kalimah Allah (dari pandangan Ustadz Hafizullah)

Posted by allatiffhm on 13/01/2010

Isu Kalimah Allah (dari pandangan Ustadz Hafizullah) Bekas Pengerusi Surau Flat kita.. walaupun beliau jauh di mata namun melalui laman beliau kita masih boleh mendengar tazkirah beliau seperti setiap malam jumaat semasa beliau masih di sisi kita..

Copy paste dari laman beliau

ps: izinkan yaa ustadz..

Islam Menjuarai Toleransi

Konflik Cemas

Berita pembakaran gereja sedang meribut tatkala ini.

Walau ia cuba diredakan dengan jaminan polis dan pihak keselamatan, cetusan dan percikan amarahnya sedang menumpah kearah sekolah mubaligh sama ada yang dikelolakan secara persendirian atau bantuan kerjaan.

Dinihari ini, saya tergamam mendengar respon berita penularannya kesebuah sekolah Menengah Kebangsaan Convent di Taiping.

Entahlah mengkin bahangnya nanti akan merebak dan menyala tak jauh dari pintu pagar sekolah saya nanti.

Dalang Memerangi Rasul

Siapakah dalang yang memerangkap kesempatan dalam kekerohan yang berlaku ini?

Pastinya ia adalah Golongan yang menggadaikan maruah agama serta sanggup berdepan dengan cercaan Allah dan rasul.

Bukankah satu ketika dulu, Rasulullah SAW pernah melontarkan sabda agungnya dalam mengulit perpaduan antara agama ini tanpa prejudis. Hingga nabi sanggup berkata : Siapa yang sanggup menyakiti seorang kafir zimmi, maka sesungguhnya dia telah menyakiti aku.

Dan Allah mengisytiharkan pula peperangan dan persengketaan terhadap golongan yang memushi rasul dan ajarannya. “Siapa yang memusuhi wali dan kekasihku, maka aku sesungguhnya mengizinkan perang terhadapnya.

Episod sengketa dan percubaan meracuni damai persaudaraan sememangnya sejak sekian lama berlangsung. Antara dua agama yang bersumberkan wahyu samawi yang sama ini.

Bahkan ianya berlangsung dalam setiap abad untuk menjadi saksi bisu sejarah kepada umat yang mengerti.

Menoleh tinta sejarah lama, Rasul juga pernah meletakkan penanda aras persaudaraan ini.

Melalui pengalaman Hijrah, rasul merencanakan aman perlindungan melalui tangan penguasa Kristian yang berhati mulia, bukannya melalui jaminan bangsa arab yang bersaudara dan bersekutu dengannya.

Menyorot Ibrah Toleransi Islam

Saya tertarik dengan penulisan Ust Ahmad Irfan Kamal Hisyam ini yang mencoret rentetan sejarah lama yang menjadi bukti asas bahawa Islam agama toleransi dan persaudaraan. Hanya mereka yang tulus beragama sahaja yang mengecapi makna sebenar perpaduan.

Islam adalah agama yang dipenuhi dengan semangat toleransi dengan agama yang lain. Hubungan Islam khususnya dengan agama samawi (ahlul kitab) yang lain, iaitu Kristian dan Yahudi juga mempunyai keistimewaan tersendiri. Dengan sebab itulah kita dibenarkan memakan haiwan sembelihan mereka dan juga Muslim lelaki dibenarkan mengahwini perempuan ahlul kitab.

Akan tetapi, hubungan Islam dengan penganut agama Kristian adalah lebih rapat berbanding dengan penganut agama Yahudi. Fakta ini jelas termaktub di dalam surah al-Maidah ayat 82:

Demi desungguhnya engkau (Wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. dan Demi Sesungguhnya Engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: “Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani” Yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong.

Ketika menjelaskan ayat ini, al-Marhum Syeikh Mutawalli Sha’rawi menjelaskan yang kebenaran betapa rapatnya hubungan Kristian dengan Islam dibuktikan sejak zaman awal dakwah nabi Muhammad sendiri. Ketika baginda dan para sahabat dizalimi oleh Quraish Makkah, nabi Muhammad mencadangkan para sahabat untuk menyelamatkan diri buat sementara di bawah pemerintah Habshah bernama Raja al-Najashi yang tebal anutan Kristiannya.

Sabda nabi Muhammad:
إن بها ملكاً لا يُظلم عنده أحد فأقيموا ببلاده حتى يجعل الله لكم مخرجاً مما أنتم به

Di sana ada seorang raja yang tidak pernah seorang pun dizalimi olehnya, maka menetapkan kamu di negaranya sehinggalah Alah menjadikan kamu sebab untk keluar darinya.

Beberapa orang sahabat senior di bawah pimpinan Ja’far bin Abu Talib menuruti arahan Nabi Muhammad untuk berhijrah ke sana. Adalah benar, Raja al-Najashi adalah seorang pemerintah Kristian yang adil, dan memberikan hak kebebasan beragama kepada penganut agama lain termasuklah kepada Muslim yang ketika itu baru sahaja muncul kembali di muka bumi. Para sahabat yang tinggal di Habshah disifatkan sebagai tinggal di Dar al-Amn, iaitu bumi yang aman dan selamat, sehingga dicemburui oleh pembesar kafir Quraisy yang lain.

Kedengkian Quraisy menyebabkan mereka sanggup untuk menghasut Raja al-Najashi untuk mengusir Ja’far bin Abu Talib bersama sahabat yang lain. Lalu diutuskanlah Amru bin Al-’As, Abdullah bin Abi Rabi’ah dan ‘Imarah bin al-Walid bin al-Mughirah, dan menaburkan fitnah terhadap imigran Muslim dengan menyatakan mereka adalah pemberontak yang menyeleweng daripada agama nenek moyang mereka. Mereka juga menghasut pemerintah Kristian itu dengan menyatakan yang Islam mengajar fakta yang berbeza dengan Kristian mengenai isu Jesus.

Adakah Raja al-Najashi percaya bulat-bulat dengan hasutan Pertubuhan Musyrikin Mekkah Bersatu itu? Jawapannya tidak sama sekali. Sebaliknya, sebagai manifestasi terhadap keadilan beliau, al-Najashi telah memanggil Ja’far bin Abi Talib untuk memberikan penjelasan. Lalu Ja’far bin Abu Talib menjelaskan,

Wahai Raja, kami dahulu hidup di dalam Jahiliyyah. Menyembah berhala, makan bangkai, melakukan perbuatan keji, memutus tali persaudaraan, menyakiti hati jiran, yang kuat memakan harta yang lemah. Kami hidup dalam keadaan demikian sehinggalah diutuskan seorang Rasul yang kami ketahui keturunannya, kebenarannya, amanahnya dan kasih sayangnya. Baginda menyeru kami mengesakan dan menyembah Allah dan meninggalkan cara sembahan kami sebelum ini terhadap batu dan berhala. Baginda menyeru kami berkata benar, menunaikan amanah, menyambung tali persaudaraan, berhubung baik dengan jiran …. Akhirnya kami dimusuhi qaum kami sendiri, lantas mereka menyeksa dan memfitnah kami supaya kami kembali menyembah berhala dan berhenti menyembah Allah serta kembali kepada perbuatan keji. Lantas apabila kami dipulau, diseksa dan diboikot oleh mereka, maka keluar berpindah ke negara kamu wahai al-Najashi. Kami memilih kamu berbanding negara atau pemerintah yang lain, kerana kami telah mengharapkan yang diri kami tidak akan dizalimi oleh kamu.

Setelah menyelidik kata-kata Ja’far, serta membuat analisa pandangan Islam terhadap Jesus/Isa, maka Raja al-Najashi tidak langsung mempedulikan hasutan musyrikin Quraish tadi.

Ada beberapa perkara yang wajar kita perhalusi di sebalik penjelasan Ja’far di atas. Yang pertamanya, ialah beliau berdakwah secara halus dan bijaksana kepada orang Kristian tanpa langsung mencari titik perbezaan, akan tetapi mengusahakan noktah persamaan. Sebelum ke UK, saya langsung tidak nampak hikmah di sebalik kata-kata Ja’far ini. Akan tetapi setelah terlibat di dalam program dakwah dengan rakyat tempatan (termasuklah yang atheist dan terutamanya penganut Kristian) dan juga dialog antara agama dengan mereka, barulah saya nampak kehebatan Ja’far. Iaitulah beliau menyebut ‘menghormati jiran’ di dalam penjelasannya, yang mana amalan menghormati jiran ini adalah satu amalan yang paling penting di dalam agama Kristian. Bahkan rakan Kristian saya pernah menyatakan di dalam kepercayaan mereka, dengan hanya menghormati jiran, maka akan mencukupi untuk mendapat kesejahteraan di dalam agama mereka.

Dalam banyak-banyak elemen mahmudah yang kecil di dalam Islam, elemen menghormati jiran yang dipilih oleh Ja’far, sebagai membuktikan betapa dalam berdakwah, mencari titik persamaan adalah penting.

Selain itu, kata-kata Ja’far juga membuktikan kebenaran firman Allah mengenai baiknya hubungan Islam dengan Kristian. Nabi Muhammad boleh sahaja mengarahkan para sahabat awal ketika itu untuk mendapatkan perlindungan daripada kabilah bangsa Arab lain yang mungkin bermusuh dengan kabilah Quraisy lantas memungkinkan kedua-dua pihak bersatu atas dasar bermusuh dengan musyrikin Quraisy, akan tetapi bukan itu yang dipilih oleh Nabi. Akan tetapi diarahkan para sahabat untuk bernaung di bawah kerajaan Kristian.

Akrabnya hubungan Islam dan Kristian seperti yang dianjur dan ditunjukkan sendiri oleh Nabi Muhammad menjadi inspirasi kepada pelapis baginda. Di zaman Saidina Umar, empayar Islam telah semakin meluas menjangkaui Semenanjung Tanah Arab. Antara yang berjaya dibuka oleh Saidina Umar ialah Jerusalem, yang ketika itu lebih dikenali sebagai Aeliya’.

The Old City of Jerusalem adalah merupakan pusat pemerintahan kerajaan Rom Timur ketika itu. Di situlah letaknya tapak al-Masjid al-Aqsa, dan situ jugalah terletaknya gereja suci Holy Sepulchre. Holy Sepulchere adalah merupakan gereja paling suci di dalam agama Kristian. Di situlah mereka percaya terletaknya ‘kubur’ Jesus, dan di situ jugalah mereka percaya yang Jesus akan dibangkitkan kelak. Semasa Umar membebaskan The Old City of Jerusalem, Holy Sepulchre turut menjadi istana pemerintahan kerajaan Kristian ketika itu. Yang menjadi pemerintah ketika pembebasan Jerusalem ialah Patriarch Sophronious.

Kita mengetahui dalam beberapa akaun sejarah yang Patriarch Sophronious, sama seperti Muslim, cuba untuk mengelakkan berlakunya pertumpahan darah di dalam Jerusalem. Menghidu awal kekalahan Rom Timur, Patriach Sophronious mengibarkan bendera putih menyerah kalah, akan tetapi dengan syarat bahawa beliau hanya menyerahkan kunci kota lama itu kepada Saidina Umar. Ada laporan sejarah menyatakan bahawa pembebasan Jerusalem di tangan Saidina Umar memang telah diramalkan dan termasuk di dalam prophecy Kristian ketika itu.

Penyerahan Jerusalem kepada Muslim dilakukan dalam suasana penuh persaudaraan. Umar dipelawa untuk bersembahyang Asar di dalam Holy Sepulchre. Akan tetapi beliau menolak, kerana khuatir akan ada kelompok Muslim akan datang yang zalim akan merampas gereja suci tersebut, kerana kononnya Umar pernah solat Asar di situ. Lalu Umar bersembahyang di luar Holy Sepulchre, dan di tapak beliau solat itu sekarang didirikan Masjid Umari yang masih berdiri teguh sekarang. Masjid Umari itu didirikan bersebelahan dengan Holy Sepulchre.

Ini adalah keadilan dan toleransi Islam untuk agama lain. Dalam suasana berperang, kita dilarang merampas rumah ibadat orang lain. Apatah lagi di dalam konteks hubungan baik dengan agama Kristian, Umar sejak dari awal menutup pintu yang memungkinkan kelompok Muslim akan datang yang jahil dengan agama sendiri, daripada bertindak zalim terhadap hak agama lain di dalam negara Islam.

Tidak cukup dengan itu, walaupun lama berperang dengan tentera Muslim, akan tetapi tentera dan penduduk asal Kristian di Jerusalem semasa zaman Rom Timur diberikan jaminan oleh Umar untuk tidak dihalau. Bahkan hak kerakyatan mereka dikekalkan, dan mereka diberikan kebebasan menikmati apa yang mereka lakukan semasa pemerintahan Rom Timur dengan syarat yang adil.

Kunci Holy Sepulchre masih dipegang oleh keluarga Muslim

Sepanjang pemerintahan Islam, hubungan Kristian dan Muslim amat rapat di dalam Jerusalem. Mereka turut dilantik menjadi menteri di dalam kabinet ketika itu.

Bahkan, percayanya penganut Kristian kepada keadilan Islam terbukti apabila mereka menyerahkan kunci utama Holy Sepulchre untuk dipegang oleh Muslim. Dan tradisi itu diteruskan sehinggalah ke zaman sekarang. Kunci gereja suci itu masih dipegang oleh keluarga Muslim sekarang, diketuai oleh Wajeeh Nusaibah

Sila lawati blognya di http://abidfana.com

Posted by Ibnu HadiAbu at 7:50 AM 0 comments

Labels: Dakwah

Saturday, January 9, 2010

Konflik Satu Kalimah – Ujian Ketahanan Peribadi Muslim

Islam agama Toleransi

Saya menginsafi saat ini merupakan ujian ketahanan iman dan ilmu seseorang muslim.

Menilai situasi berdasarkan neraca pengetahuan adalah jauh lebih baik daripada bersandar di dahan emosi.

Melempar tuduhan dan bersingsing lengan mencari kemenangan menjadi pilihan ramai daripada membimbing dan mengadaptasi isu memberi pengajaran dan membuka lembaran kebenaran.

Ianya bukanlah satu perkara yang sukar bagi ilmuwan dan cendikiawan Islam.

Ianya agenda zaman dan kegemilangan Islam.

Ianya isu TOLERANSI yang sentiasa menghuni tangga teratas dalam carta hubungan manusia sesama manusia dalam Islam.

Namun hari ini, dangkal ilmu dan pengecutnya jiwa menjadikan manusia berombak sensitive dalam menangani isu yang tercipta. Ramai menjadi juara dalam mengatur rentak mengunjuk rasa, membuak amarah dan mencipta sengketa.

Dan melalui akuan sejarah yang berlalu, saya sudah menjangkakan pasti ada pihak yang mengambil kesempatan fizikal dan vandalisme di atas kekerohan ini.

Meledak api amarah membakar diri dan seterusnya mengundang segelintir jiwa pengecut dan tidak bertamaddun untuk mengambil keputusan bodoh membakar gereja. Sangkanya inilah lagak juara membantu agama agaknya sedangkan tindakan itu hanya mengundang murka allah dan rasulnya.

Manusia punya hak untuk berbeza pendapat dan juga agama, dan kita tidak boleh memaksa sesiapa untuk bersetuju dalam semua pandangan kita.

Berlapang dadalah, ada isu yang lebih besar dari sekadar perteilngkahan pandangan ini, dan bukannya mendabik dada membakar perpaduan.

Menjangka Situasi dan Cabaran

Saya pasti, insiden ini akan menimbul kekerohan.

Ianya akan membenihkan konflik pada diri yang tidak faham agama dan cetek pengetahuan islamnya, dan pastinya warga sekolah mubaligh seperti saya adalah sasaran mudah untuk di tembak amarah dan hujahan dangkal, ekoran tindakan bodoh memarakkan api kebencian beragama.

Anak-anak didik islam disini juga pasti menjadi punching bag perhatian serong mayarakat sekolah, seolah-olah kita umat perampas dan pemeras hak yang sekian lama dikongsi bersama.

Sedangkan islam adalah juara agama toleransi yang diakui sejarah dan praktikalnya.

Hayatilah ayat dari kalam allah ini .

64. Katakanlah (Wahai Muhammad) : “Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain daripada Allah”. Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka :

“Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam”. (Ali Imran)
Allah telah mengajak semua umat beragama untuk kembali kepada satu kalimah yang disepakati, kalimah yang menjadi inspirasi kepada perpaduan sejagat.
Dengan strategi dakwah, Rasulullah menobatkan perdamaian dan perbincangan dengan semua agama dan mencari jalan penyelesaiannya dengan mesyuarat dan penerangan bukannya penyerangan.

Perutusan Rasulullah S.A.W. mendedahkah bagaimana golongan Ahli Kitab (Kristian dan Yahudi) memakai perkataan yang sama apabila menyebut perkataan Allah, seterusnya dijelaskan dengan makna aqidah yang tepat secara ajaran Tauhid, (mengesakan Allah) tanpa syirik, sama ada syirik itu melakukan upacara ibadat dengan menyembah tuhan-tuhan yang lain daripada Allah, atau mematuhi hukum-hukum dan undang-undang ciptaan para ahli agama (paderi-paderi) dan pemimpin-pemimpin (Arbab) yang mencipta undang-undang dan hukum yang menentang hukum Allah seperti menghalal apa yang diharamkan oleh Allah dalam kitab yang diturunkan kepada Rasul mereka sendiri atau mengharamkan apa yang dihalalkan, atau memberi hak ketuhanan kepada ahli agama boleh mengampunkan dosa yang menjadi hak Allah sahaja

Ianya asas agama yang dibawakan untuk kita sebagai pedoman Toleransi agama sepanjang zaman.

Dan dalam prinsip menangani konflik, pakar komunikasi dan personality Dale Carniege dalam tulisannya menyatakan : Pilihlah method menyelesaikan konflik dengan memilih cara untuk bersetuju dan bermula dengan perkara yang disepakati.

Bukankah ini maksud yang diajarkan tuhan kepada kita.

Perpektif Dakwah

Suka saya merujuk tulisan Dr. Dzilkefly Ahmad dalam melihat isu ini dari perspektif akademik dan praktikal moral.

Untuk pengetahuan umum, penganut agama Kristian Katolik di Sabah dan Sarawak telah menggunakan kalimah “Allah” sejak 150 tahun lalu. Kalimah Allah juga digunakan oleh penganut-penganut Sikh Gudwara. Dalam konteks negara timur tengah dan negara umat Islam lain, penggunaan nama “Allah” oleh penganut lain, tidak menimbulkan masalah sejak berzaman.

Persoalan penting yang ummat Islam di negara ini perlu faham ialah, Apakah Al-Quran mengizinkan kalimah Allah digunakan oleh penganut selain Ummat Islam? Dan apa pula pendirian ulama-ulama besar terkini atau kontemporari terhadap isu ini, khususnya dalam konteks Islam dalam dunia kini?

Jawapan ini penting dan dapat mengelakkan isu ini dipolitikkan bahkan diekspolitasi sehingga mengeruhkan suasana perhubungan baik antara-agama dan antara-budaya.
Para Ulama kerap merujuk kepada beberapa ayat di dalam Al-Quran yang menyebutkan bahawa Allah SWT sendiri mengiktiraf, bahawa orang-orang muskrik (yang menyembah berhala) pun mengakui bahawa Allah adalah Rabb atau Tuhan yang Mencipta atau Al-Khaliq. Bermakna mereka menerima Tuhan Yang Menjadikan Semesta Alam ini (Tauhid Rububiyah). Islam secara lengkapnya dalam bab Keimanan atau Aqidah Tauhid menerima Allah selaku Pencipta (Rububiyah) dan Pentadbir/Pemberi Hukum (Uluhiyah).

Contohnya ayat dalam Surah Luqman ayat 25 :
“Dan jika (Muhammad) tanyakan mereka siapa yang menjadikan langit dan bumi?”, Tentu mereka akan jawab “Allah”. Katakanlah “Segala Puji bagi Allah, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui”.

Tegasnya mereka mengiktiraf Allah tetapi hanya dari sifat “Rububiyah”(Pencipta) dan tidak selengkapnya termasuk Allah selaku Yang Mentadbir dan Memberi Hukum (Tauhid Rububiyah).

Saya merujuk kepada pandangan dua tokoh besar ulama terkini, Sheikh Yusuf Qardhawi, penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah 1431H dan Sheikh Dr Wahbah Zuhaili Tokoh Maal Hijrah 1429H. Kedua-dua berpandangan bahawa penggunaan nama “Allah” adalah dibolehkan kepada penganut-penganut agama Nabi Allah Ibrahim yakni Islam, Kristian dan Judaism.

Kedua-dua berpandangan bahawa ia adalah baik untuk menjalinkan kesatuan dan perpaduan di peringkat “persaudaraan agama samawiyat”, paling tidaknya. Mereka tidak mengambil sikap sempit macam sesetengah orang Islam di negara ini, bahawa Allah hanya untuk orang Islam secara eksklusif dan penganut lain tak boleh guna nama Allah atau macam suruh cari Tuhan lain pulak. Berapa banyak Tuhan yang ada? Bukankah Islam menganjurkan semua ummat manusia mengiktiraf Tuhan itu Esa atau Satu.

Perhatikan ayat di seterusnya ini. Allah sebutkan dalam Al-Quran:
“….kami beriman kepada Kitab-kitab yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepadamu, Tuhan kami dan Tuhan kamu, satu dan hanya kepadanya kami berserah diri”…..
Surah Al-Angkabut:46.

Bukankah lebih baik, mengikut logik akal waras, di samping hujah dari al-Quran dan kata Ulama tadi, supaya kita galakkan mereka juga menerima “Allah”, walaupun Tauhid dan Aqidah mereka tak sempurna macam kita. Memanglah, itulah sebabnya mereka Kristian atau Yahudi atau selainnya.

Kalau mereka percaya macam aqidah kita tentang Allah, jadilah mereka orang Islam, bukanlah lagi Kristian dan Yahudi. Namun bolehkah kita paksa Aqidah kita itu kepada mereka? Tentunya tidak. Tidak ada paksaan dalam Islam.

Setelah mengizinkan agama lain menggunakan nama “Allah”, maka yang lebih penting adalah supaya tidak menyalahgunakan nama “Allah” itu. Ini perlu diberikan peraturan dan keterangan seperti yang ditegaskan oleh keputusan PAS, supaya jangan ada yang menyalahgunakan perkatan Allah.

Dengan itu, amat tepatlah saranan Tuan Guru Hj Abd hadi Awang dalam perutusannya merdakan gelojak jiwa sensitive massa kala ini .


Kesimpulannya, kita tidak boleh melarang mereka menggunakan perkataan Allah di kalangan mereka sendiri, dalam ibadat mereka dan amalan mereka, walau pun salah maksud dan maknanya yang asal mengikut bahasa kita.

Adapun menggunakan perkataan Allah oleh mereka terhadap masyarakat Islam untuk menyebarkan agama mereka dengan fahaman mereka, atau menjadikan perkataan ALLAH sekadar mengubah jenama bagi melariskan barangan dalam masyarakat Islam, tidak boleh dizinkan sama-sekali.

Ini adalah kerana menyalahgunakan perkataan Allah yang Maha Suci kepada umat Islam dan bercanggah dengan makna mengikut bahasa yang di amal oleh umat Islam, adalah dikira menodai kesucian dan kemurnian kalimah ALLAH di hadapan umat Islam.

Posted in Uncategorized | Tagged: , | Leave a Comment »

Selamat Tahun Baru Dan Majlis Perpisahan

Posted by allatiffhm on 24/12/2009

Pada 17Hb. Disember 2009 Khamis Malam Jumaat Satu Majlis Sambutan Awal Muharram dan ceramah terkhir oleh Ustadz kesayangan kita Ustadz Hafizullah Ubaidah akan diadakan di Surau Al Muhajirin bermula pada 6.00 petang .

Beliau akan bertolak kembali ke kampung halaman pada hari sabtu ini.. dan memulakan kerjaya baru di Negeri Pulau Pinang.

makan – makan pada malam tersebut dibuat secara pot luck, kepada yang sudi menghulur sumbangan berupa juadah silalah bawa terus ke surau pada malam tersebut.

Updated : Gambar semasa program berlangsung.

cerita lain menegenai majlis ini ada di sini .

http://ibnuhadiabu.blogspot.com/2009/12/jamuan-hijrah.html

Posted in Aktiviti bersama, Berita Keluarga | Tagged: , , , | Leave a Comment »

Tahiah buat pemilik Travelog Hidayah

Posted by allatiffhm on 16/11/2009

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pemilik Travelog Hidayah ..walaupun baru sebulan lebih bertapak di arena maya ini.. namun kemeriahan dengan post yang berterusan cukup mengkagumkan kita.. apa lagi kesibukan beliau sebagai ustadz, pendidik, penceramah jemputan, pengerusi surau kita ini yang empunya blog tersebut cukup membanggakan kita.. terasa perhubungan dan ukhwah tidak terputus dengan beliau, dari pejabat, rumah dan di man sahaja masih terasa kata – kata beliau melalui coretan yang di lakarkan beliau di dalam laman web Travelog Hidayah tersebut..moga – moga beliau terus gigih dalam arena yang baru bagi beliau ini..(terasa sungguh kekurangan ku berbanding beliau yang aktif dalam dunia blogger ini), kelangsungan, kegigihan dan pengamatan yang jitu beliau selari dengan ceramah yang dibicarakan beliau amat menyentuh kami.. maga – moga Travelog Hidayah terus mengembara dengan hidayah yang kita semua tercari -cari mengharapkan hadir ke dalam diri..

Posted in Uncategorized | Tagged: , | Leave a Comment »

MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDL FITRI

Posted by allatiffhm on 09/10/2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI,

MAAF ZAHIR DAN BATIN.

DI JEMPUT SEMUA HADIR MEMERIAHKAN MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDL FITRI ANJURAN RUKUN TETANGGA KOMPLEKS SUKAN LIKAS DENGAN KERJASAMA J.KUASA SURAU FLAT PERSEKUTUAN PADA 10Hb. OKTOBER 2009 BERMULA JAM 8.00 MALAM HINGGA 11.00 MALAM DI DEWAN SERBAGUNA FLAT PERSEKUTUAN KM.5, JALAN KOMPLEKS SUKAN LIKAS, KOTA KINABALU.

DEWAN SERBAGUNA FLAT PERSEKUTUAN KM.5
DEWAN SERBAGUNA FLAT PERSEKUTUAN KM.5RT KOMPLEKS SUKAN LIKAS

JOM BERAMAI – RAMAI DAN HEBAHKAN…

Posted in Aktiviti bersama | Leave a Comment »

Khatam Quraan dan Majlis Perpisahan

Posted by allatiffhm on 15/09/2009

– 14 Hb. September 2009 bersamaan 24 Hb. Ramadhan 1430 Hijriyah bertempat di Surau Muhajirin Flat Persekutuan Km.5

From qhatam quran dan majlis perpisahan

satu majlis Qatam Quraan dan Majlis Perpisahan buat En. Azizul Alias / Pn. Aidah sekeluarga telah diadakan secara sederhana dan meriah.. atas kesibukkan warga Flat dan AJK Surau (apatah lagi kita semua baru sahaja selesai menjayakan program berbuka puasa dua hari yang lepas 12Hb. September dan perjalanan majlis tanpa mesyuarat yang khusus mengenainya) saya sendiri mewakili JK Surau. JK RT KSL dan warga Flat mohon maaf seikhlas – ikhlas nya atas sambutan yang kurang memberangsangkan pada malam tersebut..namun yang pasti moreh (juadah selepas majlis) yang begitu banyak dan mewah adalah satu tradisi yang cukup kita banggakan..hidangan yang disediakan secara potluck ini dihebahkan melalui sistem sms dalam masa yang singkat amat – amat berkesan.. Tahniah ini juga kita ucapkan kepada Pengerusi Surau Flat Persekutuan yang kita kasihi Ustadz Hafizullah Ubaidah di atas pengalaman, kecekapan, kemahiran beliau mengendalikan program sebegini secara spontan..beliau walaupun sibuk dengan undangan, jemputan di sana – sini masih sempat menyediakan cendera kenangan buat En. Azizul sekeluarga, petugas – petugas Program Ihya’ Ramadhan, Laporan Kewangan Surau Flat untuk disahkan dan dijadikan garis panduan oleh Bendahari, tentatif acara majlis, hebahan sms buat semua warga Flat dan sahabat surau dari taman – taman perumahan berdekatan,  Juru acara majlis dan imam Solat Terawih dan Witir syabas dan tahniah di ucapkan.. tidak salah kita memilih beliau sebagai Pengerusi Surau Al-Muhajirin ? ini !! hanya beliau sahaja yang layak memegang jawatan tersebut.

Kepada En. Azizul Alias dan Pn. Aida Adhha Abu Bakar yang akan balik berhari raya selama 10 hari dan akan bertolak pada pagi 15Hb. September jika selama persaudaraan bersama tuan puan berdua yang menjangkau 2 tahun ini kami Jawatan Kuasa Surau memohon maaf  jika pernah menyinggung perasaan tuan puan berdua..segala sumbangan tenaga, kewangan dan sokongan yang berterusan dari tuan,puan dan keluarga selama ini hanya Allah S.W.T sahaja yang layak membalasnya.. kenangan bersama anda sekeluarga tak mungin dapat dilupakan..

– Buat pengetahuan semua En. Azizul Alias telah pun ditukarkan balik ke semenanjung berkhidmat di kementerian yang baru (sebelum ini di pinjamkan ke Negeri Sabah di bawah Program Integrasi Nasional / PINA berkhidmat lebih kurang 2 tahun di Unit Pembangunan Ekonomi Negeri Sabah / UPEN) beliau telahpun melaporkan diri di kementerian Kerja Raya pada 7Hb. September yang lalu dan isteri beliau akan menyusul selepas ini..melalui perbualan bersama beliau saya difahamkan yang secara rasminya mereka sekeluarga akan berhijrah kembali pada 1Hb. Oktober 2009 ini..kita kehilangan lagi 2 individu yang mana kedua – duanya merupakan ahli jawatan kuasa surau Flat Persekutuan, AJK Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas, Pengerusi JPTP Tabika Perpaduan Flat Persekutuan Pengarah Biro Bantuan Guaman Negeri Sabah.. kehilangan yang  cukup besar buat kami dan kami semua mendoakan agar anda berdua mencapai kejayaan dalam hidup dunia dan akhirat lebih baik dari hari – hari sebelum ini, selamat menempuh alam kerjaya yang baru dan semoga kehidupan anda sekeluarga bertambah – tambah baik selepas ini, di murahkan rezeki, kemakmuran, kesihatan dalam kehidupan . Amin..

Posted in Aktiviti bersama, Berita Keluarga | Leave a Comment »

MAJLIS BERBUKA PUASA

Posted by allatiffhm on 15/09/2009

12Hb. September 2009 bersamaan 22Hb. Ramadhan 1430 Hijrah jam 6.00 petang bertempat di Surau Flat Persekutuan km.5 dan garaj Blok A.

Majlis berbuka puasa anjuran Jawatan kuasa Surau Flat Persekutuan dan Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas.

TERIMA KASIH KEPADA YANG SUDI DATANG KE MAJLIS BERBUKA BERSAMA KAMI..DAN TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA JUGA DARI KAMI KEPADA SEMUA INDIVIDU YANG TAK MAMPU SAYA NYATAKAN DI SINI KERANA KESUDIAN MENYUMBANG TENAGA , MASA DAN WANG RINGGIT DALAM MEMPASTIKAN MAJLIS INI BERJALAN DENGAN LANCAR DAN JAYANYA… DAN MOHON MAAF DARI KAMI JIKA SEMASA BERLANGSUNGNYA PROGRAM TERDAPAT KEKURANGAN / KECACATAN YANG MENJENGKELKAN DATO’. TUAN, PUAN. KAMI BERUSAHA UNTUK MEMPERBAIKI DI MASA AKAN DATANG..

berbuka bersama Dato’ Mohd Hatta

Posted in Aktiviti bersama | Leave a Comment »

Jangan lupa bayar zakat firah anda!!

Posted by allatiffhm on 06/09/2009

From mesyuarat Rt n surau

Amil resmi Kompleks Sukan Likas Ustadz Hafizullah Ubaidah sedang menerima zakat fitrah dari Ustadz Hasan di perhatikan oleh Tn. Mejar Hj. Mohd Zain

Posted in Uncategorized | Tagged: | Leave a Comment »

Mesyuarat Surau dan RT KSL

Posted by allatiffhm on 06/09/2009

Mesyuarat Surau Flat Persekutuan dan RT Kompleks Sukan Likas pada 5Hb. September 2009, mengenai majlis berbuka puasa bersama Yang Berbahagia Dato’ Mohd. Hatta Abd. Aziz  Setiausaha Persekutuan Negeri Sabah yang baru..

membincangkan perubahan tarikh baru bagi majlis tersebut yang sepatutnya diadakan pada 13 Hb. September 2009 akan diawalkan sehari kepada 12Hb. September 2009 hari Sabtu bermula jam 6.00m petang bertempat di perkarangan Surau Flat Persekutuan.

pada mesyuarat ini juga yang di adakan di perkarangan surau juga memaklumkan sumbangan sebanyak RM 5000.00 dari agensi yang terpaksa kami rahsiakan atas sebab – sebab yang ditetapkan oleh salah seorang AJK yang berusaha untuk mendapatkan sumbangan ini  (moga – moga selepas ini surau kami ini akan lebih imarah dan meriah hasil dari sumbangan ini..  dan pada majlis ini juga sebanyak RM 1000 telah ditetapkan untuk perbelanjaan bagi persediaan makan minum (atas dasar perkongsian bersama antara surau dan RT KSL) manakala bagi perbelanjaan kecil yang lain adalah menggunakan tabung Ramadhan yang telah di kutip sebelum ini.

From mesyuarat Rt n surau

Hebahan dan jemputan yang telah diedarkan akan di war warkan sekali lagi memaklumkan mengenai perubahan ini.. Harap maklum…

Posted in Aktiviti bersama | Tagged: , , | Leave a Comment »