Surau Flat Persekutuan km.5

Serba sedikit mengenai kami

  •  

    May 2012
    M T W T F S S
    « Aug    
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    28293031  
  • Blog Stats

    • 1,353 hits
  • RSS Travelog Hidayah

    • Guru Rakyat Kelantan 17/05/2012
      Hei kawan,Jauh disudut hati, perasaan bersalah dan terkilan meninggalkan bumi kelahiran, tanah serendah sekebun bunga ini sekian lama. Bungkamnya rasa dalam menghimpunkan kembali bingkai hati yang pecah. Nyeri dan ngilu silih berganti.Aku anak Kelantan.Betapa kerinduan ini amat membekas dihatiku kala ini.Serasa jasadku ingin terbang menginjak kaki ke teratak […]
    • DR. Norazamuddin Bin Omar 13/05/2012
      Salam kawan...Hari ini aku akan menceritakan kepadamu tentang seorang sahabat seperjuanganku dalam dunia ilmu ini.Susuk tubuhnya kecil, berkaca mata dan berpenampilan sederhana sejak kali pertama mengenalinya di Jordan dahulu. Minatnya pada ilmu memang terzahir sentiasa, bicaranya tenang dan bersahaja, rajin dan tekun, sanggup menggalas amanah dengan tabah d […]
    • Bersihkan hati dan diri 13/05/2012
      Salam kawan,Rupanya telah hampir separuh Mei berlalu tanpa sempat saya mencoret sepatah berita pun buat para sahabat semua. Sememangnya ISTIQAMAH dalam melaksanakan sesuatu perkara itu amat tangguh dan sukar. Ramai mujahid muda yang hamasah akhirnya kecundang pada usia syaikhukahnya.Nabi pernah menasihatkan AMANTA BILLAH SUMMA ASTAQIM , yang maksudnya Berima […]
    • Kuliah Bersama Ust Nursalam al Hafiz 26/04/2012
      Sebuah mesej santapan hati.Mengisi tembolok rasa yang beradun pasrah dan harap.Mengenyangkan minda dengan serat ilmu dan pencerahan.Mengasyikkan dengan kupasan bicara yang dipenuhi aroma sentimental dan emosi.Terlalu mengujakan dengan sajian penuh ekslusif hidangan mantap bertemakan Kematian.Dalam maudhuk yang penuh sensasi.Hati ini hadir khusyuk meladeni bi […]
    • Mesyuarat Agung Kali Ke 4 Surau Salikin 10/04/2012
      Kali pertama saya dijemput menghadiri Mesyuarat Agung Surau Salikin di taman perumahan saya setelah setahun bermukim di sini.Perjalanan dan pengurusan aktiviti surau juga dijana dengan baik bersama keutuhan jawatankuasa surau yang saya kenali amat memberi kerjasama dan rajin.Pendaftaran dimulakan seawal jam 9 pagi dan dihadiri seramai 40 - 50 ahli jemaah sur […]
  • RSS Unknown Feed

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
  • Kawan kawan

  • Categories

Archive for the ‘Berita Keluarga’ Category

Selamat Tahun Baru Dan Majlis Perpisahan

Posted by Irfan Hadi on 24/12/2009

Pada 17Hb. Disember 2009 Khamis Malam Jumaat Satu Majlis Sambutan Awal Muharram dan ceramah terkhir oleh Ustadz kesayangan kita Ustadz Hafizullah Ubaidah akan diadakan di Surau Al Muhajirin bermula pada 6.00 petang .

Beliau akan bertolak kembali ke kampung halaman pada hari sabtu ini.. dan memulakan kerjaya baru di Negeri Pulau Pinang.

makan – makan pada malam tersebut dibuat secara pot luck, kepada yang sudi menghulur sumbangan berupa juadah silalah bawa terus ke surau pada malam tersebut.

Updated : Gambar semasa program berlangsung.

cerita lain menegenai majlis ini ada di sini .

http://ibnuhadiabu.blogspot.com/2009/12/jamuan-hijrah.html

Posted in Aktiviti bersama, Berita Keluarga | Tagged: , , , | Leave a Comment »

Khatam Quraan dan Majlis Perpisahan

Posted by Irfan Hadi on 15/09/2009

- 14 Hb. September 2009 bersamaan 24 Hb. Ramadhan 1430 Hijriyah bertempat di Surau Muhajirin Flat Persekutuan Km.5

From qhatam quran dan majlis perpisahan

satu majlis Qatam Quraan dan Majlis Perpisahan buat En. Azizul Alias / Pn. Aidah sekeluarga telah diadakan secara sederhana dan meriah.. atas kesibukkan warga Flat dan AJK Surau (apatah lagi kita semua baru sahaja selesai menjayakan program berbuka puasa dua hari yang lepas 12Hb. September dan perjalanan majlis tanpa mesyuarat yang khusus mengenainya) saya sendiri mewakili JK Surau. JK RT KSL dan warga Flat mohon maaf seikhlas – ikhlas nya atas sambutan yang kurang memberangsangkan pada malam tersebut..namun yang pasti moreh (juadah selepas majlis) yang begitu banyak dan mewah adalah satu tradisi yang cukup kita banggakan..hidangan yang disediakan secara potluck ini dihebahkan melalui sistem sms dalam masa yang singkat amat – amat berkesan.. Tahniah ini juga kita ucapkan kepada Pengerusi Surau Flat Persekutuan yang kita kasihi Ustadz Hafizullah Ubaidah di atas pengalaman, kecekapan, kemahiran beliau mengendalikan program sebegini secara spontan..beliau walaupun sibuk dengan undangan, jemputan di sana – sini masih sempat menyediakan cendera kenangan buat En. Azizul sekeluarga, petugas – petugas Program Ihya’ Ramadhan, Laporan Kewangan Surau Flat untuk disahkan dan dijadikan garis panduan oleh Bendahari, tentatif acara majlis, hebahan sms buat semua warga Flat dan sahabat surau dari taman – taman perumahan berdekatan,  Juru acara majlis dan imam Solat Terawih dan Witir syabas dan tahniah di ucapkan.. tidak salah kita memilih beliau sebagai Pengerusi Surau Al-Muhajirin ? ini !! hanya beliau sahaja yang layak memegang jawatan tersebut.

Kepada En. Azizul Alias dan Pn. Aida Adhha Abu Bakar yang akan balik berhari raya selama 10 hari dan akan bertolak pada pagi 15Hb. September jika selama persaudaraan bersama tuan puan berdua yang menjangkau 2 tahun ini kami Jawatan Kuasa Surau memohon maaf  jika pernah menyinggung perasaan tuan puan berdua..segala sumbangan tenaga, kewangan dan sokongan yang berterusan dari tuan,puan dan keluarga selama ini hanya Allah S.W.T sahaja yang layak membalasnya.. kenangan bersama anda sekeluarga tak mungin dapat dilupakan..

- Buat pengetahuan semua En. Azizul Alias telah pun ditukarkan balik ke semenanjung berkhidmat di kementerian yang baru (sebelum ini di pinjamkan ke Negeri Sabah di bawah Program Integrasi Nasional / PINA berkhidmat lebih kurang 2 tahun di Unit Pembangunan Ekonomi Negeri Sabah / UPEN) beliau telahpun melaporkan diri di kementerian Kerja Raya pada 7Hb. September yang lalu dan isteri beliau akan menyusul selepas ini..melalui perbualan bersama beliau saya difahamkan yang secara rasminya mereka sekeluarga akan berhijrah kembali pada 1Hb. Oktober 2009 ini..kita kehilangan lagi 2 individu yang mana kedua – duanya merupakan ahli jawatan kuasa surau Flat Persekutuan, AJK Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas, Pengerusi JPTP Tabika Perpaduan Flat Persekutuan Pengarah Biro Bantuan Guaman Negeri Sabah.. kehilangan yang  cukup besar buat kami dan kami semua mendoakan agar anda berdua mencapai kejayaan dalam hidup dunia dan akhirat lebih baik dari hari – hari sebelum ini, selamat menempuh alam kerjaya yang baru dan semoga kehidupan anda sekeluarga bertambah – tambah baik selepas ini, di murahkan rezeki, kemakmuran, kesihatan dalam kehidupan . Amin..

Posted in Aktiviti bersama, Berita Keluarga | Leave a Comment »

Al Fatihah..

Posted by Irfan Hadi on 27/04/2009

Al Fatihah dan takziah diucapkan kepada Ustadz Hafizullah Ubaidah (Pengerusi Surau Flat Persekutuan Km.5) di atas Ayah Mertua beliau yang telah kembali ke rahmatullah pada 26 Hb. April 2009 (Waktu Maghrib). Moga – moga roh Allayarham di tempatkan bersama hamba – hamba Allah yang Solleh, Amin.


Makluman kepada semua pada jam 7.00 pagi ini 27/04/2009 Ustadz Hafiz dan keluarga telah berangkat menuju kampung halaman untuk menguruskan / menghadiri majlis pengkebumian ayah mertua beliau ini.

Posted in Berita Keluarga, Uncategorized | Tagged: , , | 1 Comment »

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.