Surau Flat Persekutuan km.5

Serba sedikit mengenai kami

  •  

    May 2012
    M T W T F S S
    « Aug    
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    28293031  
  • Blog Stats

    • 1,353 hits
  • RSS Travelog Hidayah

    • Guru Rakyat Kelantan 17/05/2012
      Hei kawan,Jauh disudut hati, perasaan bersalah dan terkilan meninggalkan bumi kelahiran, tanah serendah sekebun bunga ini sekian lama. Bungkamnya rasa dalam menghimpunkan kembali bingkai hati yang pecah. Nyeri dan ngilu silih berganti.Aku anak Kelantan.Betapa kerinduan ini amat membekas dihatiku kala ini.Serasa jasadku ingin terbang menginjak kaki ke teratak […]
    • DR. Norazamuddin Bin Omar 13/05/2012
      Salam kawan...Hari ini aku akan menceritakan kepadamu tentang seorang sahabat seperjuanganku dalam dunia ilmu ini.Susuk tubuhnya kecil, berkaca mata dan berpenampilan sederhana sejak kali pertama mengenalinya di Jordan dahulu. Minatnya pada ilmu memang terzahir sentiasa, bicaranya tenang dan bersahaja, rajin dan tekun, sanggup menggalas amanah dengan tabah d […]
    • Bersihkan hati dan diri 13/05/2012
      Salam kawan,Rupanya telah hampir separuh Mei berlalu tanpa sempat saya mencoret sepatah berita pun buat para sahabat semua. Sememangnya ISTIQAMAH dalam melaksanakan sesuatu perkara itu amat tangguh dan sukar. Ramai mujahid muda yang hamasah akhirnya kecundang pada usia syaikhukahnya.Nabi pernah menasihatkan AMANTA BILLAH SUMMA ASTAQIM , yang maksudnya Berima […]
    • Kuliah Bersama Ust Nursalam al Hafiz 26/04/2012
      Sebuah mesej santapan hati.Mengisi tembolok rasa yang beradun pasrah dan harap.Mengenyangkan minda dengan serat ilmu dan pencerahan.Mengasyikkan dengan kupasan bicara yang dipenuhi aroma sentimental dan emosi.Terlalu mengujakan dengan sajian penuh ekslusif hidangan mantap bertemakan Kematian.Dalam maudhuk yang penuh sensasi.Hati ini hadir khusyuk meladeni bi […]
    • Mesyuarat Agung Kali Ke 4 Surau Salikin 10/04/2012
      Kali pertama saya dijemput menghadiri Mesyuarat Agung Surau Salikin di taman perumahan saya setelah setahun bermukim di sini.Perjalanan dan pengurusan aktiviti surau juga dijana dengan baik bersama keutuhan jawatankuasa surau yang saya kenali amat memberi kerjasama dan rajin.Pendaftaran dimulakan seawal jam 9 pagi dan dihadiri seramai 40 - 50 ahli jemaah sur […]
  • RSS Unknown Feed

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
  • Kawan kawan

  • Categories

Archive for the ‘Aktiviti bersama’ Category

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1431H

Posted by Irfan Hadi on 25/02/2010

Muslimin Muslimat

Tuan/Puan,

JEMPUTAN KE MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1431H

Dengan segala hormatnya sukacita saya ingin menarik perhatian Tuan/Puan kepada perkara di atas.

2.         Adalah dimaklumkan bahawa Rukun Tetangga Flat Persekutuan KM5, Kompleks Sukan Likas dan Surau Al Muhajirin akan mengadakan Majlis sambutan Maulidurrasul tahun 1431H bagi memupuk rasa cinta kepada Rasulullah SAW serta memperteguhkan semangat muhibbah di dalam kawasan kejiranan Flat Persekutuan dan kawasan sekitarnya sepertimana yang diteladani oleh junjungan besar Muhammad SAW.

3.         Sehubungan itu, besarlah harapan kami agar tuan/puan sekeluarga dapat menghadirkan diri ke majlis ini serta menggalakkan anak-anak tuan/puan untuk menyertai acara-acara pertandingan ”Kami cinta Rasulullah” yang akan diadakan pada:

Tarikh : 14 Rabiulawal 1431H / 28 Hb. Februari 2010 (Ahad)

Tempat          : Dewan dan Surau Flat Persekutuan KM5,

Km5, Jalan Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu

Masa              : 07.30 pagi – 11.30 pagi (Pertandingan di Dewan)

06.00 pagi – 10.30 malam (Surau)

4.         Bersama-sama ini juga dikepilkan Borang penyertaan dan syarat-syarat pertandingan yang diadakan untuk makluman pihak tuan/puan. Kesudian tuan/puan sekeluarga untuk hadir ke majlis ini amat kami hargai dan  ianya sudah pasti akan menjayakan serta memeriahkan lagi majlis ini.

Sekian Terima Kasih

Lampiran 2

ATURCARA

MAJLIS PERTANDINGAN ”KAMI CINTA RASULULLAH”

SEMPENA SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1431H

FLAT PERSEKUTUAN KM5


7.15 pagi        Ketibaan Urusetia Program

8.00 pagi        Ketibaan Ibu Bapa dan Tetamu

- Pertandingan dimulakan.

10.30 pagi     Ketibaan Tetamu Jemputan

Pengerusi – Pengerusi Rukun Tetangga Bandaraya Kota Kinabalu

Pengarah – Pengarah Jabatan Persekutuan Negeri Sabah

Pengarah Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sabah

En. Dirwana Bin Azool

10.45 pagi     Ketibaan Perasmi Majlis

Y.Bhg. Dato’ Muhammad Hatta Bin Abdul Aziz

Setiausaha Persekutuan Sabah

Bacaan Doa oleh

Y. Bhg Ustaz Mohd Khairi Bin Abd. Halim

Ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Rukun Tetangga

En. Abdul Latiff Bin Haji Muluk

Ucapan Perasmian oleh

Y.Bhg. Dato’ Muhammad Hatta Bin Abdul Aziz

Setiausaha Persekutuan Sabah

Persembahan

Penyampaian Hadiah

Penyampaian Cenderamata

Jamuan

11.30 pagi     Bersurai.

Posted in Aktiviti bersama | Tagged: | 3 Comments »

Selamat Tahun Baru Dan Majlis Perpisahan

Posted by Irfan Hadi on 24/12/2009

Pada 17Hb. Disember 2009 Khamis Malam Jumaat Satu Majlis Sambutan Awal Muharram dan ceramah terkhir oleh Ustadz kesayangan kita Ustadz Hafizullah Ubaidah akan diadakan di Surau Al Muhajirin bermula pada 6.00 petang .

Beliau akan bertolak kembali ke kampung halaman pada hari sabtu ini.. dan memulakan kerjaya baru di Negeri Pulau Pinang.

makan – makan pada malam tersebut dibuat secara pot luck, kepada yang sudi menghulur sumbangan berupa juadah silalah bawa terus ke surau pada malam tersebut.

Updated : Gambar semasa program berlangsung.

cerita lain menegenai majlis ini ada di sini .

http://ibnuhadiabu.blogspot.com/2009/12/jamuan-hijrah.html

Posted in Aktiviti bersama, Berita Keluarga | Tagged: , , , | Leave a Comment »

MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDL FITRI

Posted by Irfan Hadi on 09/10/2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI,

MAAF ZAHIR DAN BATIN.

DI JEMPUT SEMUA HADIR MEMERIAHKAN MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDL FITRI ANJURAN RUKUN TETANGGA KOMPLEKS SUKAN LIKAS DENGAN KERJASAMA J.KUASA SURAU FLAT PERSEKUTUAN PADA 10Hb. OKTOBER 2009 BERMULA JAM 8.00 MALAM HINGGA 11.00 MALAM DI DEWAN SERBAGUNA FLAT PERSEKUTUAN KM.5, JALAN KOMPLEKS SUKAN LIKAS, KOTA KINABALU.

DEWAN SERBAGUNA FLAT PERSEKUTUAN KM.5
DEWAN SERBAGUNA FLAT PERSEKUTUAN KM.5RT KOMPLEKS SUKAN LIKAS

JOM BERAMAI – RAMAI DAN HEBAHKAN…

Posted in Aktiviti bersama | Leave a Comment »

Khatam Quraan dan Majlis Perpisahan

Posted by Irfan Hadi on 15/09/2009

- 14 Hb. September 2009 bersamaan 24 Hb. Ramadhan 1430 Hijriyah bertempat di Surau Muhajirin Flat Persekutuan Km.5

From qhatam quran dan majlis perpisahan

satu majlis Qatam Quraan dan Majlis Perpisahan buat En. Azizul Alias / Pn. Aidah sekeluarga telah diadakan secara sederhana dan meriah.. atas kesibukkan warga Flat dan AJK Surau (apatah lagi kita semua baru sahaja selesai menjayakan program berbuka puasa dua hari yang lepas 12Hb. September dan perjalanan majlis tanpa mesyuarat yang khusus mengenainya) saya sendiri mewakili JK Surau. JK RT KSL dan warga Flat mohon maaf seikhlas – ikhlas nya atas sambutan yang kurang memberangsangkan pada malam tersebut..namun yang pasti moreh (juadah selepas majlis) yang begitu banyak dan mewah adalah satu tradisi yang cukup kita banggakan..hidangan yang disediakan secara potluck ini dihebahkan melalui sistem sms dalam masa yang singkat amat – amat berkesan.. Tahniah ini juga kita ucapkan kepada Pengerusi Surau Flat Persekutuan yang kita kasihi Ustadz Hafizullah Ubaidah di atas pengalaman, kecekapan, kemahiran beliau mengendalikan program sebegini secara spontan..beliau walaupun sibuk dengan undangan, jemputan di sana – sini masih sempat menyediakan cendera kenangan buat En. Azizul sekeluarga, petugas – petugas Program Ihya’ Ramadhan, Laporan Kewangan Surau Flat untuk disahkan dan dijadikan garis panduan oleh Bendahari, tentatif acara majlis, hebahan sms buat semua warga Flat dan sahabat surau dari taman – taman perumahan berdekatan,  Juru acara majlis dan imam Solat Terawih dan Witir syabas dan tahniah di ucapkan.. tidak salah kita memilih beliau sebagai Pengerusi Surau Al-Muhajirin ? ini !! hanya beliau sahaja yang layak memegang jawatan tersebut.

Kepada En. Azizul Alias dan Pn. Aida Adhha Abu Bakar yang akan balik berhari raya selama 10 hari dan akan bertolak pada pagi 15Hb. September jika selama persaudaraan bersama tuan puan berdua yang menjangkau 2 tahun ini kami Jawatan Kuasa Surau memohon maaf  jika pernah menyinggung perasaan tuan puan berdua..segala sumbangan tenaga, kewangan dan sokongan yang berterusan dari tuan,puan dan keluarga selama ini hanya Allah S.W.T sahaja yang layak membalasnya.. kenangan bersama anda sekeluarga tak mungin dapat dilupakan..

- Buat pengetahuan semua En. Azizul Alias telah pun ditukarkan balik ke semenanjung berkhidmat di kementerian yang baru (sebelum ini di pinjamkan ke Negeri Sabah di bawah Program Integrasi Nasional / PINA berkhidmat lebih kurang 2 tahun di Unit Pembangunan Ekonomi Negeri Sabah / UPEN) beliau telahpun melaporkan diri di kementerian Kerja Raya pada 7Hb. September yang lalu dan isteri beliau akan menyusul selepas ini..melalui perbualan bersama beliau saya difahamkan yang secara rasminya mereka sekeluarga akan berhijrah kembali pada 1Hb. Oktober 2009 ini..kita kehilangan lagi 2 individu yang mana kedua – duanya merupakan ahli jawatan kuasa surau Flat Persekutuan, AJK Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas, Pengerusi JPTP Tabika Perpaduan Flat Persekutuan Pengarah Biro Bantuan Guaman Negeri Sabah.. kehilangan yang  cukup besar buat kami dan kami semua mendoakan agar anda berdua mencapai kejayaan dalam hidup dunia dan akhirat lebih baik dari hari – hari sebelum ini, selamat menempuh alam kerjaya yang baru dan semoga kehidupan anda sekeluarga bertambah – tambah baik selepas ini, di murahkan rezeki, kemakmuran, kesihatan dalam kehidupan . Amin..

Posted in Aktiviti bersama, Berita Keluarga | Leave a Comment »

MAJLIS BERBUKA PUASA

Posted by Irfan Hadi on 15/09/2009

12Hb. September 2009 bersamaan 22Hb. Ramadhan 1430 Hijrah jam 6.00 petang bertempat di Surau Flat Persekutuan km.5 dan garaj Blok A.

Majlis berbuka puasa anjuran Jawatan kuasa Surau Flat Persekutuan dan Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas.

TERIMA KASIH KEPADA YANG SUDI DATANG KE MAJLIS BERBUKA BERSAMA KAMI..DAN TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA JUGA DARI KAMI KEPADA SEMUA INDIVIDU YANG TAK MAMPU SAYA NYATAKAN DI SINI KERANA KESUDIAN MENYUMBANG TENAGA , MASA DAN WANG RINGGIT DALAM MEMPASTIKAN MAJLIS INI BERJALAN DENGAN LANCAR DAN JAYANYA… DAN MOHON MAAF DARI KAMI JIKA SEMASA BERLANGSUNGNYA PROGRAM TERDAPAT KEKURANGAN / KECACATAN YANG MENJENGKELKAN DATO’. TUAN, PUAN. KAMI BERUSAHA UNTUK MEMPERBAIKI DI MASA AKAN DATANG..

berbuka bersama Dato’ Mohd Hatta

Posted in Aktiviti bersama | Leave a Comment »

Mesyuarat Surau dan RT KSL

Posted by Irfan Hadi on 06/09/2009

Mesyuarat Surau Flat Persekutuan dan RT Kompleks Sukan Likas pada 5Hb. September 2009, mengenai majlis berbuka puasa bersama Yang Berbahagia Dato’ Mohd. Hatta Abd. Aziz  Setiausaha Persekutuan Negeri Sabah yang baru..

membincangkan perubahan tarikh baru bagi majlis tersebut yang sepatutnya diadakan pada 13 Hb. September 2009 akan diawalkan sehari kepada 12Hb. September 2009 hari Sabtu bermula jam 6.00m petang bertempat di perkarangan Surau Flat Persekutuan.

pada mesyuarat ini juga yang di adakan di perkarangan surau juga memaklumkan sumbangan sebanyak RM 5000.00 dari agensi yang terpaksa kami rahsiakan atas sebab – sebab yang ditetapkan oleh salah seorang AJK yang berusaha untuk mendapatkan sumbangan ini  (moga – moga selepas ini surau kami ini akan lebih imarah dan meriah hasil dari sumbangan ini..  dan pada majlis ini juga sebanyak RM 1000 telah ditetapkan untuk perbelanjaan bagi persediaan makan minum (atas dasar perkongsian bersama antara surau dan RT KSL) manakala bagi perbelanjaan kecil yang lain adalah menggunakan tabung Ramadhan yang telah di kutip sebelum ini.

From mesyuarat Rt n surau

Hebahan dan jemputan yang telah diedarkan akan di war warkan sekali lagi memaklumkan mengenai perubahan ini.. Harap maklum…

Posted in Aktiviti bersama | Tagged: , , | Leave a Comment »

Ihya Ramadhan

Posted by Irfan Hadi on 06/09/2009

maaf lambat posting..

Kenduri sebelum Ramadhan dan Ceramah Ihya Ramadhan anjuran Suru Flat Persekutuan dengan kerjasama Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas (perbelanjaan dikongsi bersama)

Ihya Ramadhan

Posted in Aktiviti bersama | Leave a Comment »

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAQ 1430 HIJRAH

Posted by Irfan Hadi on 29/08/2009

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAQ 1430 HIJRAH DAN SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA, SEMOGA AMALAN KITA DIREDHAI OLEH ALLAH S.W.T.

TARIKH

SENARAI GILIRAN

LOT / BLOK No.

CATATAN

1 Ramadhan 1430

TN. SALIM BIN SHOIB SD 1

EN. AZIZUL BIN ALIAS SD 2

2 Ramadhan 1430

EN. SADIM BIN ABDUL LH 5

EN. AWANG SALLEH BIN MAHMUD LH 3

3 Ramadhan 1430

IR.  DATU JAMIGUL HJ. DATU SALIN LH 1

PN. MAIMONAH BT. HJ. AWANG ALI A 2-1

4 Ramadhan 1430

PN. SALMAH BINTI LABULLA A 4-1

EN. ABD MANAP BIN ALI OMAR A 3-1

5 Ramadhan 1430

EN. MOHD. SHA HARUN A 4-2

A 3-2

6 Ramadhan 1430

PN. SALAMAH BINTI LUKIN A 4-3

EN. AZID BIN MINTEK A 3-3

7 Ramadhan 1430

EN. RADIANSHAH LASAENO A 2-2

TN. HJ. ABD. RAHMAN BIN HJ. YAHAYA A 1-4

8 Ramadhan 1430

EN. NIN JUNID B 1-1

EN. OSMAN ABDULLAH B 2-2

9 Ramadhan 1430

EN. RAYMIE BIN HJ. AMIRIL B 1-2

EN. ABDULDAN BIN ADTONG B 4-4

10 Ramadhan 1430

EN. ABD. RASHID BIN AWG. TUAH B 4-2

EN. ALIAS TUDIN BIN SAPAUN B 3-2

11 Ramadhan 1430

EN. NORBI BIN SAID C 1-1

PN. HABIB SAIFAH BINTI HABIB AHMAD C 2-1

12 Ramadhan 1430

PN. ANNIE BINTI LASUMIN C 1-2

EN. JEMSEE BIN ONGGI C 2-3

13 Ramadhan 1430

EN. SUEDAH ABD WAHAB C 3-1

PN. ASHIKIN BT. JEKARAH C 4-1

14 Ramadhan 1430

EN. ROSLI BIN BILMAHRUF C 4-2

EN. KASTIAN HJ. DULLAH C 4-4

15 Ramadhan 1430

PN. ZAINUN BINTI SAIBOL D 4-1

EN. HUSIN KASIM D 3-1

16 Ramadhan 1430

PN. NORNI BINTI TATUNG D 4-2

PN. ALOHA BINTI RAMLIE D 3-4

17 Ramadhan 1430

EN. ABD. LATIFF BIN HJ. MULUK D 4-4

EN. MALIK D 1-1

18 Ramadhan 1430

PN. NORHAYATI BINTI AWG. ANAK D 2-1

PN. MARIANI BINTI AWANG D 1-2

19 Ramadhan 1430

PN. ASMAH @ AISAH HJ. SABALAS D 1-3

EN. HASLEH BIN DUALIS D 2-3

20 Ramadhan 1430

PN. MURNI BINTI HJ. ISMAIL E 4-1

PN. AZLINA BINTI LINGGAM E 2-4

21 Ramadhan 1430

PN. SITI AINE AG. AHMAD E 3-2

PN. NORZANAH BINTI MADIRIN E 4-2

22 Ramadhan 1430

PN. MUSMAINI BINTI RATIMIN E 3-3

PN. DAYANGKU INTAN BINTI PG. ZAINAL ABIDIN E 4-3

23 Ramadhan 1430

PN. LELA BINTI DAMSA E 3-4

PN. MASTINI BINTI WATA E 4-4

24 Ramadhan 1430

PN. JUNIDAH BINTI MANGGAM E 2-1

EN. MOHD. SUHAILI BIN AWG. ALI E 1-1

25 Ramadhan 1430

PN. SITI ROHAIDAH M. RAZALI E 1-3

PN. SALMAH BINTI MUSTAPAH E 2-3

26 Ramadhan 1430

TN. MEJAR HJ. MOHD. ZAIN B1 PP, JBB

EN. ISMAIL BIN DAIM A3 PP, JBB

27 Ramadhan 1430

RT KOMPLEKS SUKAN LIKAS

JK SURAU FLAT PERSEKUTUAN

28 Ramadhan 1430

USTADZ HAFIZULAH UBAIDAH YAKIM JAYA

USTADZ AHMAD YAAKUB T. A/BANGSA

29 Ramadhan 1430

USTADH MD. HAIRI A. HALIM T. A/BANGSA

USTADZ NORAWI HARUN FLAT GURU

Posted in Aktiviti bersama | Leave a Comment »

Dari inksensei

Posted by Irfan Hadi on 03/07/2009

Kenduri Arwah & Majlis Perpisahan di Surau Flat Persekutuan, KK.

19/06/2009 — inksensei

Majlis pada malam 11 Jun 2009M itu dimulai bacaan surah Yasin dll. khusus untuk mertua Ust. Hafizullah yang kembali ke rahmatullah tempohari & diteruskan selepas solat Isyak dengan majlis perpisahan untuk meraikan 2 orang sahabat yang akan berpindah ke Semenanjung iaitu Ustaz Rahim (SMK Likas) & saya sendiri.

Antara sahabat-sahabat yang hadirAntara sahabat-sahabat yang hadir

Selepas itu, Ust. Hafizullah yang mempengerusikan majlis perpisahan menceritakan perihal Ust. Rahim & saya.

2 sahabat & pejuang yang saya hormati; Ust. Hafizullah & Sdr. Saifudin2 sahabat & pejuang yang saya hormati; Ust. Hafizullah & Sdr. Saifudin

Berkenaan Ust. Rahim, beliau yang saya kenal adalah seorang yang low profile, istiqamah dalam usaha mengimarahkan surau SMK Likas, & sentiasa memberikan kerjasama & bantuan seandainya diperlukan oleh jemaah. Saya kira majlis malam itu selayaknya untuk beliau.

DSC01619(edited)KP yang kami hormati, Sdr. Lahirul menyampaikan cenderahati penghargaan kepada Ust. Rahim
Ust. Rahim (berbaju ungu) bersama sahabat-sahabatUst. Rahim (berbaju ungu) bersama sahabat-sahabat
Ckg. Anuar sedang menyampaikan amanatnya kepada kamiCkg. Anuar sedang menyampaikan amanatnya kepada kami

Majlis malam itu pasti tidak lengkap tanpa amanat dari pemimpin & mantan KP yang kami hormati, Ckg. Anuar.

Dalam pesannya beliau mengingatkan kami untuk mesti aktif walaupun sekadar menghidupkan satu unit dakwah seperti surau, masjid, dll. Beliau mengingatkan kami agar terus istiqamah walaupun bilangan ahli makin mengecil sekalipun, kerana dakwah tidak boleh ditinggalkan, seperti kata Rasulullah s.a.w. kepada para sahabat; “Beriman dengan Allah, & istiqamahlah.”

Majlis malam itu diakhiri dengan jamuan. Di sini saya ingin mengucapkan terimakasih kepada sahabat-sahabat & sahabat Surau Flat kerana majlis yang diadakan.

Moga Allah membalas kebaikan ini dengan kebaikan. Moga surau ini & jemaahnya akan terus menjadi magnet untuk menarik orang kepada cahaya Islam. Amin.

Sahabat-sahabat saya; Salman, Khazam, & Nuek sedang khusyuk menikmati rezeki Yang Maha PemberiSahabat-sahabat saya; Salman, Khazam, & Nuek sedang khusyuk menikmati rezeki Yang Maha Pemberi

Posted in Aktiviti bersama | Tagged: | Leave a Comment »

selamat jalan buat sahabat surau flat …

Posted by Irfan Hadi on 12/06/2009

Selamat jalan dan selamat berjaya di segala bidang yang anda ceburi dari kami warga kerja Surau Flat Persekutuan dibawah kepimpinan Ustadz Hafizullah.

Kami mendoakan kejayaan demi kejayaan dalam segala perkara yang saudara berdua lakukan selepas ini buat saudara Nasirin yang baru ini saya kenali dengan jelas melalui blog beliau dan Ustadz Rahim dari SMK Likas teruskan perjuangan anda berdua,,, majlis pada malam ini juga 12/06/2009 adalah sebagai kenduri arwah bagi ayah mertua kepada Ustadz Hafizullah yang telah meninggal dunia (ada tertulis dari page sebelum ini) maaf kerana kehadiran dari penghuni flat yang kurang memberangsang kan (hebahan, kesibukan, cuti sekolah dan berbagai faktor yang menjadi penyebabnya)

pesan kami janganlah lupakan kami di sini teruskan perjuangan anda berdua dan jenguk – jenguklah kami di laman ini untuk berita terkini dan kami senantiasa mengikuti perkembangan anda..

gambar semasa majlis belangsung (maaf ambil gambar dari my O2 sahaja)

cerita dari laman saudara Nasirin

Majlis Kesyukuran bersama YB Abdul Wahid Endut

08/03/2009 — inksensei

Jumaat 6 Mac 2009

Selepas waktu solat Jumaat, satu majlis kesyukuran sempena kemenangan Parti Islam di K. Terengganu & kelahiran anak Ustaz Hafizullah telah diadakan di Surau Flat Persekutuan Likas. Dalam ucapan ringkasnya YB Abdul Wahid berpesan kepada kami agar mengingati sirah Rasulullah s.a.w. untuk bersama-sama mendaulatkan Islam.

pic_0332edited

dari kiri; Ckg. Anuar, YB Abdul Wahid, & Ust. Hafizullahdari kiri; Ckg. Anuar, YB Abdul Wahid, & Ust. Hafizullah

Petang itu, setelah melalui jadual yang sentiasa padat, YB Abdul Wahid bertolak ke Sarawak pula untuk program yang telah menanti beliau di sana.
Satu perkara biasa bagi para pimpinan yang terlibat dalam gerakan mendaulatkan Islam & berjuang kerana Allah. Rehat bukanlah agenda utama.
Moga Allah memberikan kesihatan & kekuatan kepada para pimpinan Islam, di mana sahaja mereka berada, Amin.

Posted in Aktiviti bersama | Tagged: , | 3 Comments »

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.