MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1431H
Posted by Irfan Hadi on 25/02/2010
Muslimin Muslimat
Tuan/Puan,
JEMPUTAN KE MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1431H
Dengan segala hormatnya sukacita saya ingin menarik perhatian Tuan/Puan kepada perkara di atas.
2. Adalah dimaklumkan bahawa Rukun Tetangga Flat Persekutuan KM5, Kompleks Sukan Likas dan Surau Al Muhajirin akan mengadakan Majlis sambutan Maulidurrasul tahun 1431H bagi memupuk rasa cinta kepada Rasulullah SAW serta memperteguhkan semangat muhibbah di dalam kawasan kejiranan Flat Persekutuan dan kawasan sekitarnya sepertimana yang diteladani oleh junjungan besar Muhammad SAW.
3. Sehubungan itu, besarlah harapan kami agar tuan/puan sekeluarga dapat menghadirkan diri ke majlis ini serta menggalakkan anak-anak tuan/puan untuk menyertai acara-acara pertandingan ”Kami cinta Rasulullah” yang akan diadakan pada:
Tarikh : 14 Rabiulawal 1431H / 28 Hb. Februari 2010 (Ahad)
Tempat : Dewan dan Surau Flat Persekutuan KM5,
Km5, Jalan Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu
Masa : 07.30 pagi – 11.30 pagi (Pertandingan di Dewan)
06.00 pagi – 10.30 malam (Surau)
4. Bersama-sama ini juga dikepilkan Borang penyertaan dan syarat-syarat pertandingan yang diadakan untuk makluman pihak tuan/puan. Kesudian tuan/puan sekeluarga untuk hadir ke majlis ini amat kami hargai dan ianya sudah pasti akan menjayakan serta memeriahkan lagi majlis ini.
Sekian Terima Kasih
Lampiran 2
ATURCARA
MAJLIS PERTANDINGAN ”KAMI CINTA RASULULLAH”
SEMPENA SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1431H
FLAT PERSEKUTUAN KM5
7.15 pagi Ketibaan Urusetia Program
8.00 pagi Ketibaan Ibu Bapa dan Tetamu
- Pertandingan dimulakan.
10.30 pagi Ketibaan Tetamu Jemputan
Pengerusi – Pengerusi Rukun Tetangga Bandaraya Kota Kinabalu
Pengarah – Pengarah Jabatan Persekutuan Negeri Sabah
Pengarah Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sabah
En. Dirwana Bin Azool
10.45 pagi Ketibaan Perasmi Majlis
Y.Bhg. Dato’ Muhammad Hatta Bin Abdul Aziz
Setiausaha Persekutuan Sabah
Bacaan Doa oleh
Y. Bhg Ustaz Mohd Khairi Bin Abd. Halim
Ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Rukun Tetangga
En. Abdul Latiff Bin Haji Muluk
Ucapan Perasmian oleh
Y.Bhg. Dato’ Muhammad Hatta Bin Abdul Aziz
Setiausaha Persekutuan Sabah
Persembahan
Penyampaian Hadiah
Penyampaian Cenderamata
Jamuan
11.30 pagi Bersurai.
travelog hidayah said
Salam,
Tahniah dan moga program berjaya dilaksanakan dengan jayanya.
saya doakan Kombinasi ajk baru surau dan rt terus dilimpah rahmat tuhan dan diiberkati tuhan.
sampaikan salam saya untuk semua.
u.p : terdapat ralat pada tarikh tertera : 14 syaaban patut diganti kepada 14 rabiul awal dan 28 rabiul awal ditulis 28 febuari. ianya tidak disengajakan saya pasti.
moga hebahan ini menggamit hidayah allah.
terima kasih.
Sahabat Lama said
Adakah Ustaz Sheikh Mohd.Khalil bin Sheikh Ahmad yang berasal dari Seremban,N.Sembilan, yang pernah menjadi pensyarah di Maktab Perguruan lslam,Bangi yang telah MENINGGAL DUNIA????????Adakah beliau bapa mertua Ustz.Hafizullah?????TOLONG JAWAB SEGERA.
ust hafiz said
Salam … kepada akh yang bertanya,
Entah ribut dan taufan apa yang melanda sanubari tuan sekarang ini, hinggakan nama dan pengenalan diri pun tak sempat nak ditaarufkan.
Ustaz Sheikh Khalil adalah guru saya di MPI dan merupakan Ketua Sektor Pend. Islam di Sabah dahulu, isterinya pula ustazah Zainun adalah PK Hem di sekolah lama saya SMP Likas. Mereka berdua pernah tinggal berjiran dengan ana sekeluarga di Taman yakim jaya,kk.
Beliau mempunyai jasa dan sumbangan cukup besar untuk kami para pendidik islam di sabah dahulu, kesederhanaannya amat menyentuh hati dan kesempatan bersamanya memperdalami kehidupan suluk kerohanian terasa menyenangkan perasaan, mungkinkerana itulah kami selalu menghormatinya untuk mentahnik anak2 kecil kami disabah satu ketika dulu.
Bapa mertua saya ? Bila saya kahwin seorang lagi ni ? Berita sensasi ni … , marah zaujah/isteri saya nanti.
Tak ada lah, saya berkahwin dengan ustazah shamilah dari kedah, anak kepada ustaz Mahzir bin zain, yang juga telah kembali ke rahmatullah pada bulan april tahun lepas.
apapun terima kasih, mohon sahabat lama dapat mengunjungi saya di blog TRAVELOG HIDAYAH untuk apa2 pertanyaan dan jalinan silaturrahim.
terima kasih.(tersenyum jemari saya menulis mesej ini)