Surau Flat Persekutuan km.5

Serba sedikit mengenai kami

  •  

    February 2010
    M T W T F S S
    « Jan   Aug »
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
  • Blog Stats

    • 1,353 hits
  • RSS Travelog Hidayah

    • Guru Rakyat Kelantan 17/05/2012
      Hei kawan,Jauh disudut hati, perasaan bersalah dan terkilan meninggalkan bumi kelahiran, tanah serendah sekebun bunga ini sekian lama. Bungkamnya rasa dalam menghimpunkan kembali bingkai hati yang pecah. Nyeri dan ngilu silih berganti.Aku anak Kelantan.Betapa kerinduan ini amat membekas dihatiku kala ini.Serasa jasadku ingin terbang menginjak kaki ke teratak […]
    • DR. Norazamuddin Bin Omar 13/05/2012
      Salam kawan...Hari ini aku akan menceritakan kepadamu tentang seorang sahabat seperjuanganku dalam dunia ilmu ini.Susuk tubuhnya kecil, berkaca mata dan berpenampilan sederhana sejak kali pertama mengenalinya di Jordan dahulu. Minatnya pada ilmu memang terzahir sentiasa, bicaranya tenang dan bersahaja, rajin dan tekun, sanggup menggalas amanah dengan tabah d […]
    • Bersihkan hati dan diri 13/05/2012
      Salam kawan,Rupanya telah hampir separuh Mei berlalu tanpa sempat saya mencoret sepatah berita pun buat para sahabat semua. Sememangnya ISTIQAMAH dalam melaksanakan sesuatu perkara itu amat tangguh dan sukar. Ramai mujahid muda yang hamasah akhirnya kecundang pada usia syaikhukahnya.Nabi pernah menasihatkan AMANTA BILLAH SUMMA ASTAQIM , yang maksudnya Berima […]
    • Kuliah Bersama Ust Nursalam al Hafiz 26/04/2012
      Sebuah mesej santapan hati.Mengisi tembolok rasa yang beradun pasrah dan harap.Mengenyangkan minda dengan serat ilmu dan pencerahan.Mengasyikkan dengan kupasan bicara yang dipenuhi aroma sentimental dan emosi.Terlalu mengujakan dengan sajian penuh ekslusif hidangan mantap bertemakan Kematian.Dalam maudhuk yang penuh sensasi.Hati ini hadir khusyuk meladeni bi […]
    • Mesyuarat Agung Kali Ke 4 Surau Salikin 10/04/2012
      Kali pertama saya dijemput menghadiri Mesyuarat Agung Surau Salikin di taman perumahan saya setelah setahun bermukim di sini.Perjalanan dan pengurusan aktiviti surau juga dijana dengan baik bersama keutuhan jawatankuasa surau yang saya kenali amat memberi kerjasama dan rajin.Pendaftaran dimulakan seawal jam 9 pagi dan dihadiri seramai 40 - 50 ahli jemaah sur […]
  • RSS Unknown Feed

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
  • Kawan kawan

  • Categories

Archive for February, 2010

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1431H

Posted by Irfan Hadi on 25/02/2010

Muslimin Muslimat

Tuan/Puan,

JEMPUTAN KE MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1431H

Dengan segala hormatnya sukacita saya ingin menarik perhatian Tuan/Puan kepada perkara di atas.

2.         Adalah dimaklumkan bahawa Rukun Tetangga Flat Persekutuan KM5, Kompleks Sukan Likas dan Surau Al Muhajirin akan mengadakan Majlis sambutan Maulidurrasul tahun 1431H bagi memupuk rasa cinta kepada Rasulullah SAW serta memperteguhkan semangat muhibbah di dalam kawasan kejiranan Flat Persekutuan dan kawasan sekitarnya sepertimana yang diteladani oleh junjungan besar Muhammad SAW.

3.         Sehubungan itu, besarlah harapan kami agar tuan/puan sekeluarga dapat menghadirkan diri ke majlis ini serta menggalakkan anak-anak tuan/puan untuk menyertai acara-acara pertandingan ”Kami cinta Rasulullah” yang akan diadakan pada:

Tarikh : 14 Rabiulawal 1431H / 28 Hb. Februari 2010 (Ahad)

Tempat          : Dewan dan Surau Flat Persekutuan KM5,

Km5, Jalan Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu

Masa              : 07.30 pagi – 11.30 pagi (Pertandingan di Dewan)

06.00 pagi – 10.30 malam (Surau)

4.         Bersama-sama ini juga dikepilkan Borang penyertaan dan syarat-syarat pertandingan yang diadakan untuk makluman pihak tuan/puan. Kesudian tuan/puan sekeluarga untuk hadir ke majlis ini amat kami hargai dan  ianya sudah pasti akan menjayakan serta memeriahkan lagi majlis ini.

Sekian Terima Kasih

Lampiran 2

ATURCARA

MAJLIS PERTANDINGAN ”KAMI CINTA RASULULLAH”

SEMPENA SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1431H

FLAT PERSEKUTUAN KM5


7.15 pagi        Ketibaan Urusetia Program

8.00 pagi        Ketibaan Ibu Bapa dan Tetamu

- Pertandingan dimulakan.

10.30 pagi     Ketibaan Tetamu Jemputan

Pengerusi – Pengerusi Rukun Tetangga Bandaraya Kota Kinabalu

Pengarah – Pengarah Jabatan Persekutuan Negeri Sabah

Pengarah Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sabah

En. Dirwana Bin Azool

10.45 pagi     Ketibaan Perasmi Majlis

Y.Bhg. Dato’ Muhammad Hatta Bin Abdul Aziz

Setiausaha Persekutuan Sabah

Bacaan Doa oleh

Y. Bhg Ustaz Mohd Khairi Bin Abd. Halim

Ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Rukun Tetangga

En. Abdul Latiff Bin Haji Muluk

Ucapan Perasmian oleh

Y.Bhg. Dato’ Muhammad Hatta Bin Abdul Aziz

Setiausaha Persekutuan Sabah

Persembahan

Penyampaian Hadiah

Penyampaian Cenderamata

Jamuan

11.30 pagi     Bersurai.

Posted in Aktiviti bersama | Tagged: | 3 Comments »

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.